Permohonan E-Wallet (E-Madani)
24 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Permohonan E-Wallet (E-Madani)” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Staf PEDi membantu peserta untuk membuat pendaftaran e-wallet dan mengemaskini maklumat kad pengenalan dan nombor telefon yang terkini bagi membolehkan permohonan e-Madani dapat dituntut oleh pemohon. Setelah membuat pembetulan maklumat e-Wallet, pemohon boleh membuat tuntutan e-Madani sebelum tamat tempoh pada bulan Februari 2024.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: